PENULIS

Assalamualaikum dari saya yang bernama Asmar. Saya berasal dari Kangar, Perlis dan kini menetap di Jitra, Kedah. Untuk pengetahuan semua, saya berumur 30-an dan sudah mendirikan rumah tangga. Saya mendapat pendidikan dalam bidang E-PERNIAGAAN selama 3 tahun.

Saya mula menceburi dunia blog ni pada tahun 2015 dengan membina blog pertama yang mempromosikan syarikat perkhidmatan sewa bas dan van milik abang saya sendiri iaitu Aswadi Baharuddin Sdn Bhd. 

Blog tersebut adalah WADI BAS & VAN. Walaupun hanya sekadar suka-suka untuk membantu mempromosikan melalui blog lama kelamaan pelanggan baru yang ingin menyewa bas dan van semakin bertambah. 

Inspirasi dari kisah ini dan selepas saya banyak baca pengalaman blogger-blogger lain yang telah pun berjaya menjadikan blog ni salah satu pasif income, saya mengambil keputusan untuk memulakan blog sendiri. Tapi banyak benda yang saya perlu belajar lagi tentang blog ni.

Saya suka share pelbagai tips, resepi, petua, tutorial blog, travel, sukan dan personal saya sendiri. Saya harap blog saya ini dapat dijadikan satu medan pencarian info untuk para pembaca. Saya juga menyediakan servis review dan collaboration .

Jika ada sebarang pertanyaan , atau ingin menggunakan khidmat saya , sila email kepada : - asmar7dotcom@gmail.com

Boleh juga Follow saya disini : -

Post a Comment