6 Cara Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat

petua-sinki-tersumbat

Jika Anda menghadapi masalah dengan sinki yang tersumbat, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sebelum memanggil tukang paip. Berikut adalah lima cara untuk mengatasi masalah sinki tersumbat:

6 teknik untuk bersihkan sinki tersumbat

Ada enam teknik yang boleh anda cuba sekiranya sinki dapur tersumbat lagi.

Anda boleh lihat enam teknik tersebut di bawah ini:

1. Gunakan penyedut habuk kering dan basah

Anda mungkin hanya mempunyai penyedut habuk atau vakum kering yang sesuai untuk kegunaan dalam rumah sahaja.

Namun, jika anda mempunyai vakum yang juga boleh digunakan dalam keadaan basah, ia lebih baik.

Ini kerana vakum ini boleh digunakan untuk membersihkan sinki yang tersumbat.

Caranya ialah:
  • Letakkan hujung hos pada lubang sinki
  • Kemudian, pastikan anda menutup kesemua ruang di sekeliling hos tersebut untuk menjadikannya kedap udara
  • Jika anda mempunyai sinki dengan dua lubang air, tutup lubang air kedua dengan kedap
  • Setelah itu, hidupkan vakum kepada kelajuan yang tertinggi

Sisa makanan yang tersumbat akan disedut keluar dengan berkesan


2. Bersihkan sinki tersumbat dengan air panas

Cara kedua yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan air panas yang mendidih.

Ikuti langkah di bawah ini:
  • Masak air dalam periuk atau cerek air sehingga mendidih
  • Setelah air mendidih, tuangkan air panas tersebut secara perlahan-lahan melalui lubang air pada sinki
  • Air panas akan membantu mencairkan segala lemak, minyak dan juga gris yang melekat dalam paip sinki

Buat berulang kali untuk hasil yang lebih baik


3. Gunakan campuran cuka dan baking soda

Mungkin ibu-ibu di luar sana sudah mengetahui teknik yang satu ini.

Ia merupakan antara cara biasa atau klasik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat.

Malah, cara ini juga lebih lembut berbanding penggunaan bahan kimia yang lain.

Langkah-langkahnya ialah:

  • Tuangkan satu cawan baking soda ke dalam lubang air sinki
  • Kemudian, masukkan satu cawan cuka ke dalam lubang tersebut
  • Tunggu sekurang-kurangnya 15 minit untuk campuran tersebut bertindak
  • Setelah itu, tuangkan air panas ke dalam saluran tersebut untuk melancarkan lagi paip air yang tersumbat


4. Gunakan plumber snake untuk selesaikan sinki tersumbat

Jika empat cara di atas masih tidak berkesan, anda boleh mencuba dengan menggunakan alat yang disebut plumber snake.

Ia merupakan sejenis kabel yang digunakan untuk menyingkirkan segala sisa dan gris yang mendap dalam paip saluran sinki.

Caranya ialah:
  • Masukkan kabel plumber snake melalui lubang sinki
  • Kemudian, pusingkan pemegang kabel tersebut bagi menyingkirkan sisa yang melekat dalam paip sinki
  • Setelah itu, tarik keluar kabel tersebut
  • Ulangi langkah di atas untuk mendapatkan kesan yang lebih baik


5. Gunakan pelocok atau pam air

Pam air juga boleh digunakan untuk melancarkan paip sinki yang tersumbat.

Cara terbaik untuk menggunakan pam ini ialah seperti berikut:

  • Letakkan pam pada lubang sinki
  • Buka paip air dan biarkan air bertakung dalam sinki sehingga menenggelamkan getah pam tersebut. Pastikan tiada air yang keluar melalui lubang sinki
  • Setelah itu, tutup paip air dan mula mengepam
  • Tekanan air daripada sinki boleh membantu memberikan tekanan yang tinggi dalam saluran sinki. Ini boleh membantu menggerakkan sisa tersumbat

6. Cegah sinki dapur daripada tersumbat

Cara paling mudah untuk mencegah sinki tersumbat adalah dengan mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan ia berlaku.

Antaranya ialah:

  • Jangan tuangkan minyak, lemak, atau serbuk kopi dan teh ke dalam lubang sinki. Ini boleh menyebabkan paip air mudah untuk tersumbat
  • Pasang perangkap sisa pada lubang sinki. Perangkap sisa boleh menahan segala sisa makanan terutama yang berlemak daripada terus masuk ke dalam lubang air
  • Tuangkan air panas secara berkala untuk mengelakkan pemendapan sisa yang terlalu lama sehingga menyebabkan salur air menjadi tersumbat

Kesimpulan

Paip saluran air perlu diservis secara berkala untuk mengelakkan penyumbatan yang terlalu teruk.

Jika sinki telah tersekat, ia bukan sahaja menyekat laluan keluar air, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk.

Oleh itu, cuba lakukan enam teknik di atas ini untuk mengatasi masalah sinki yang tersumbat. Selamat mencuba!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama