10 Dishes You Must Try in Kuala Lumpur

 Makanan Sedap di Kuala Lumpur



10 Dishes You Must Try in Kuala Lumpur | Percaya tak, terdapat pelbagai makanan sedap di Kuala Lumpur? Umum mengetahui, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. Ia sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan-bangunan tingginya. Apabila sebut Kuala Lumpur, pasti terbayang Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. Keunikan tarikan negeri yang tersendiri membuatkan ramai pelancong dari pelbagai negeri dan luar negara datang ke negeri ini.

Selain daripada itu, makanan juga turut menjadi tarikan pelancong. Anda tidak perlu risau tentang makanan jika berada di kota raya ini, macam-macam jenis makanan ada disediakan. Ada makanan tempatan dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia, ada juga masakan antarabangsa seperti masakan barat, Arab, Itali, China, Korea dan lain-lain lagi.



Sudah puas berjalan keliling Kuala Lumpur, pasti perut lapar meminta diisi. Makanan apa yang sedap, boleh dicuba oleh para pelancong di negeri ini? Kalau pelancong luar negara terutamanya, mesti mahu mencuba makanan tempatan bukan? Jom ketahui 10 jenis makanan yang patut dicuba di Kuala Lumpur...


1. Nasi Lemak

Apabila sebut saja nasi lemak, sudah terbayang akan keenakannya. Nasi dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan yang menambah aroma wangi nasi, dimakan pula dengan sambal ikan bilis dan telur ayam rebus. Selain daripada dimakan dengan sambal ikan bilis, ada juga kedai yang menyediakan juadah ini dengan rendang ayam, ayam goreng bersambal, sambal sotong dan lain-lain lagi. Sedapnya! Sekali rasa pasti mahu lagi.




2. Nasi Ayam

Nasi ayam, bukan sekadar hidangan nasi dengan ayam dalam satu pinggan. Nama menu ini seperti ringkas sahaja masakannya bukan? Juadah ini memiliki keunikannya yang tersendiri. Nasi dimasak dengan beberapa ramuan seperti halia, bawang putih dan stok ayam yang pastinya membangkit selera. Dimakan dengan ayam rebus, ayam goreng atau panggang yang diperap. Kemudian, tuang sedikit sup pada nasi dan sambal kicap pada ayamnya. Wow.. sedapnya!




3. Nasi Campur 

Makan nasi putih dengan beberapa jenis lauk-pauk pada waktu tengah hari di kala perut sedang berkeroncong, memang 'heaven' lah! Kebanyakan kedai Melayu menyediakan pelbagai hidangan lauk-pauk tradisi yang sedap. Lauk ayam, daging, makanan laut, sayur-sayuran, sambal yang menyelerakan..  pilih saja mengikut kegemaran anda. Semua itu boleh didapati di mana-mana kedai yang menyediakannya.




4. Ikan Bakar

Selain daripada menjamah nasi putih dengan lauk campur, nasi putih juga sedap dimakan dengan ikan bakar. Ikan yang diperap dengan beberapa ramuan, kemudian dibalut dengan daun pisang sebelum dibakar. Aroma daun pisang dan ikan dengan bahan perapan setelah dibakar, sememangnya mampu menggoda nafsu makan. Ikan bakar yang lembut isinya dicecah pula dengan air asam, nikmat sangat!




5. Kari Kepala Ikan

Sedap juga jika makan nasi putih panas dengan kari kepala ikan pada waktu tengah hari. Kepala ikan yang besar dengan kuah kari istimewa yang sedap pasti membuat sesiapa yang terpandangnya, mahu mencuba menu ini. Dikongsi dengan ahli keluarga atau rakan-rakan, pasti gembira selepas menikmatinya kerana berpuas hati dengan kelazatannya.




6. Roti John

Nak makanan ala Barat tapi masih bercirikan Melayu? Jom makan Roti John. Ia adalah roti panjang yang dibelah tengah, diletakkan dengan inti ayam atau daging dan telur lalu dimasak di atas pan. Setelah masak, ditabur pula dengan sedikit sayuran serta sos cili dan mayonis. Untuk lagi sedap, pilih yang ada keju meleleh. Memang sedap rasanya. Satu roti boleh dikongsi ramai lagi tu.




7. Cheese Naan

Tak tahu nak makan apa untuk makan petang atau malam? Apa kata anda pilih Cheese Naan. Naan adalah roti yang dibakar. Ia adalah salah satu makanan popular kaum India. Asalnya roti naan kosong sahaja. Kini, ia ditambah keju cheddar dalamnya. Sedap makan ketika ia masih panas, sampai tertarik-tarik cheese apabila digigit. Roti naan dihidangkan dengan kari daging, kari ayam atau ayam tandoori.




8. Roti canai

Selain daripada roti naan, roti canai juga patut dicuba. Roti leper yang rangup di luar tetapi gebu dan lembut di dalam. Ia enak dinikmati bersama kuah kari, kuah dhal, parpu, sambal ikan bilis atau sambal sardin. Lagi syok, ada kedai yang menyediakan roti canai dengan kuah banjir diletak pula telur separuh masak. Mengancam betul! Tidak kisah pagi, petang atau malam, ikut suka anda nak makan pada waktu bila.




9. Sate

Kepingan daging ayam, daging lembu atau kambing yang dicucuk dengan lidi, diperap dengan rempah istimewa, kemudiannya dibakar dengan arang kayu tetapi masih berjus dagingnya... itulah sate yang sedap. Dimakan pula dengan kuah kacang, ketupat nasi dan timun. Memang menggamit selera.




10. Sup tulang

Sedapnya menghirup sup tulang yang cukup rasa! Tulang pula yang masih banyak isinya. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, mau bertambah nasi jadinya nanti. Sudukan sedikit sambal kicap, fuhhhh memang terangkat.




Terbayang-bayang kelazatan semua makanan sedap tersebut. Apa lagi, bolehlah mula menapak mencari tempat makan sedap di Kuala Lumpur. Kalau nak lagi mudah, order food online je dengan Foodpanda. Tak perlu susah-susah buang masa dan petrol. Anda hanya klik di hujung jari, makanan sampai terus di rumah. Senang kerja bukan?

Jangan lupa mencuba pelbagai makanan sedap di Kuala Lumpur terutamanya makanan tradisi Malaysia ya. Pasti tidak akan menghampakan deria rasa anda.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama